Berwirid dan berzikir dapat memelihara jiwa manusia seterusnya mendekatkan diri kepada Allah.Gunakan waktu pada sebelah pagi atau sebelum tidur untuk berwirid ..sesungguhnya ia akan mengundang sejuta kedamaian.....
Wirid pertama: Ayat Kursi-mempunyai peranan yang menakjubkan bagi hamba yang budiman.
Ibunu Qayyum mengatakan:
"saya sentiasa memohon kepada Allah supaya memanjangkan usiaku,sehingga saya dapat menulis beberapa jilid tentang tafsir dan mengekalkan rahsia-rahsia perbendaharaan ayat ini".
Wirid kedua: Beberapa ayat terakhir daripada surat Al-Baqarah(Ayat 284-286)...
Wirid ketiga: Surah Al-Ikhlas,Surah Al-Falaq dan surah An-Nas...
Wirid Keempat: Ayat yang bermaksud "Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah yang tidak ada sekutuNya,milik-Nya kerajaan dan milik-Nya segala pujian, Dia yang menhidupkan dan mematikan dan Dialah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu"...
Bacalah wirid ini 100 kali pada waktu pagi dan petang dan Insya-Allah mereka yang mengamalkan berhak memperoleh empat keutamaan daripada Allah iaitu:
- Janji yang tidak akan dikurangkan
- janji yang tidak akan terabaikan
- janji yang tidak akan ditolak
- janji yang tidak akan dilupakan...
Wirid kelima: Membaca,memahami dan menghayati Al-Quran- Bagaimana manusia boleh hidup tenteram tanpa bimbingan Al-Quran?
Wirid keenam: Qiamullail- Rasa bahagia akan muncul daripada jiwa yang tenang dan lapang tatkala dapat melaksanakan sembahyang dua rakaat pada akhir malam meskipun hanya beberapa minit sebelum azan subuh berkumandang...
Wirid ketujuh:- Ibadat sunat- Banyakkan ibadah sunat agar mendapatkan lebih keberkatan daripada Allah..
Diharap info yang tidak seberapa dari saya ini ,dapat diamalkan oleh kita semua...Wasalam...
Salam sayang,
Ummi nurul.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan